Kursus Asas Pengurusan Pejabat
1 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 dan 30 Novemebr 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan satu kursus asas Pengurusan Pejabat yang berlangsung selama dua hari iaitu pada tarikh 29 & 30 November 2019. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 7 orang peserta disekitar Pusat Internet Gong Kulim. Kursus tersebut telah bekerjasama bersama Pengurus Jeram dan juga Pengurus PI Selising.
Kursus Asas Pengurusan Pejabat ini adalah bertujuan untuk menambah kemahiran pengguna terhadap perisian Microsoft Office dan Aplikasi Google. Dalam slot Microsoft Office, peserta didedahkan kepada asas Ms Word, Ms Excell dan Ms Powerpoint. Ketiga-tiga perisian ini amat penting dalam pengurusan sesuatu organisasi atau pejabat. Selain itu, dalam kursus kali ini peserta didedahkan kepada 4 Aplikasi Google yang utama iaitu Google Mail, Google Drive, Google Forms dan Google Calendar. Kursus kali ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan peserta kali ini yang terdiri daripada belia yang sedang mencari pekerjaan dan juga pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: